Rekod Perubatan

Written by Pentadbir Web on . Posted in Perkhidmatan Sokongan Klinikal

Pengenalan

Unit Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal di hospital. Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara-perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan pesakit bagi membantu pihak hospital memberikan perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.

Unit ini terletak di tingkat satu bangunan pentadbiran. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N32 KUP dan beroperasi dengan lima orang lagi anggota terdiri daripada satu orang Penolong Pegawai Tadbir(Rekod Perubatan) N29, dua orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 dan dua orang Pembantu Operasi Gred N11.

 

Objektif 

i.Memastikan perkhidmatan diberi sentiasa berkualiti dan selamat.

ii.Mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa

iii.Bekerjasama dengan komuniti ke arah kesihatan yang lebih baik

iv.Memastikan Hospital Tapah mencapai dan mengekalkan tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi.

 

Piagam Pelanggan

1.Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

2.Sekurang-kurangnya 90% laporan perubatan perlu disediakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Hospital Negeri & Hospital Berpakar : < 4 Minggu

Lain-lain Hospital : < 2 Minggu

 

Organisasi / Pengurusan & Sumber Manusia

 Carta Organisasi Unit

 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  1. Jabatan Rekod Perubatan diketuai oleh Penolong Pegawai Rekod Perubatan yang telah dilatih untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit serta tugas-tugas yang lain.

  2. Jabatan Rekod Perubatan hendaklah dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan serta ruang penyimpnan yang sesuai bagi memudahkan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit.

Aktiviti - Aktiviti Yang Dijalankan

Jabatan Rekod Perubatan bertanggungjawab untuk mengurus semua Rekod Perubatan Pesakit yang meliputi aktiviti-aktiviti berikut :-

1.Mengurus dan menyelaras urusan-urusan berkaitan dengan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit mengikut prosedur yang ditetapkan.

2.Menyimpan Rekod Perubatan Pesakit mengikut tempoh yang ditetapkan dan melaksanakan aktiviti pelupusan mengikut jadual Pelupusan Rekod Perubatan, Urusan Fungsian 2016.

3.Menentukan kod untuk diagnosa (ICD 10) mengikut kod klasifikasi yang ditetapkan.

4.Mengurus permohonan Laporan Perubatan/Bedah Siasat

5.Menyediakan keperluan yang berkaitan isu-isu ”medico-legal”.

6.Mengumpul, menyemak dan menyediakan laporan statistik kesihatan.

 

Aktiviti - Aktiviti Peningkatan Kualiti

 

 

Number Of Visitors: 984690
  • PicCorona
  • PicDenggi
  • PicMenteri
  • PicPM
  • PicSenam
  • PicSumbangan
  • PicZika
  • denggi
  • denggi2
  • img_appsubat
  • img_banjir
  • img_norasuah
  • img_remaja
  • pekab40
  • picZika
  • picZika2

Gambar Buletin Farmasi April 2020

Last Update:Thursday 10 June 2021, 11:06:30.