Pengimejan Diagnostik-XRay

Written by Pentadbir Web on . Posted in Perkhidmatan Sokongan Klinikal

Pengenalan

Unit Pengimejan Diagnostik ( x-ray ) Hospital Tapah terletak di Banggunan Utama/Pentadbiran Hospital Tapah. Ianya adalah bersebelahan dengan Klinik Dada dan juga Klinik Susulan/Pakar. Unit ini juga berdekatan dengan Jabatan Kecemasan A&E. Ini akan dapat memudahkan pengurusan pesakit bagi mendapatkan rawatan segera.

Unit ini telah beroperasi semenjak Hospital Tapah memulakan operasinya. Pada mulanya unit ini hanya ada seorang sahaja Juru X-Ray dan juga Juru Proses Filem. Hanya pemeriksaan x-ray biasa sahaja dijalankan di unit x-ray Hospital Tapah. Sekarang staf unit x-ray telah meningkat kepada 3 orang Juru X-Ray dan juga seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.Operasi unit adalah secara waktu pejabat dan juga tugas atas panggilan. Jadual disediakan bagi tugas atas panggilan yang akan bemula dari jam 5 petang hingga 8 pagi keesokan harinya. Bagi hujung minggu dan cuti umum Juru X-Ray akan berugas atas panggilan 24 Jam.

Operasi unit ini disokong oleh kelengkapan yang terkini iaitu sebuah mesin x-ray static, sebuah mesin x-ray mobile, sebuah floor standing prosesor dan juga sebuah table top prossesor. Kesemua asset yang ada adalah baru iaitu kurang dari 10 tahun penggunaan. Sehingga hari ini, kesemua asset beroperasi dengan baik.

Perkihidmatan yang disediakan oleh JPD adalah:

  • Menguruskan temujanji untuk pemeriksaan khas yang perlu dilakukan di HRPB dan HTI.
  • Radiografi biasa.
  • Radiografi portable.
  • pemeriksaan x-ray atas panggilan.

Untuk persediaan jangka panjang, Unit sentiasa merancang untuk menambah bilangan kakitangan selaras dengan penambahan perkhidmatan dan bilangan kes di Hospital Tapah.

 

Objektif

  • Memberi perkhidmatan pengimejan diagnostic yang berkualiti serta mempunyai nilai diagnostic serta cekap dan berkesan.
  • Memastikan kadar penolakan filem adalah kurang dari 2.5% daripada jumlah penggunaan filem.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan selesai menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam masa 30 minit.
  • Setiap pesakit akan selesai menjalani pemeriksaan khas dalam masa 2 jam.
  • Segala maklumat diagnosa pesakit akan dirahsiakan.

Organisasi / Pengurusan & Sumber Manusia

Carta Organisasi Unit

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • MEMBUAT PEMERIKSAAN RADIOGRAFI AM.
  • MEMBUAT PEMERIKSAAN RADIOGRAFI MUDAH GERAK
  • MEMBERI TEMUJANJI PEMERIKSAAN KHAS DARI HRPB DAN HTI

Aktiviti - Aktiviti Yang Dijalankan

  • Memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam seperti dari Unit Kecemasan, wad-wad dan juga klinik.
  • Memberi perkhidmatan kepada pesakit luar iaitu dari Klinik-Klinik Kesihatan sekitar, Klinik Penjara Tapah, Klinik 4 RAMD dan lain-lain.

Polisi & Prosedur

Terdapat 3 polisi dan prosedur di Unit Radiologi:

  • Polisi Unit Radiologi
  • Polisi Keselamatan dan Perlindungan Sinaran
  • Polisi Pelatih Praktikal

Waktu Operasi

Waktu Masa
Shif pagi 0700  – 1500
Shif petang 1500 – 2300
Oncall 2300 – 0700

Sabtu Ahad dan Kelepasan Am – oncall

Tarikh Kemaskini : 8 Jun 2021 
Sumber : Encik Muhamad Arafat bin Zainuddin ( Ketua Unit Pengimejan Diagnostik (XRay))

 

 

Number Of Visitors: 984703
  • PicCorona
  • PicDenggi
  • PicMenteri
  • PicPM
  • PicSenam
  • PicSumbangan
  • PicZika
  • denggi
  • denggi2
  • img_appsubat
  • img_banjir
  • img_norasuah
  • img_remaja
  • pekab40
  • picZika
  • picZika2

Gambar Buletin Farmasi April 2020

Last Update:Thursday 10 June 2021, 11:06:30.