Hemodialisis

Written by Pentadbir Web on . Posted in Perkhidmatan Klinikal

Pengenalan

Unit Haemodialisis Hospital Tapah telah memulakan perkhidmatannya pada 18 0ktober 2004 . Unit ini adalah sebahagian daripada rangkaian rawatan hemodialisis Kementerian Kesihatan Malaysia, di bawah pemantauan Jabatan Nefrologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Terletak di bangunan unit Bersalin lama yang telah diubahsuai dan bersebelahan dengan unit Transit Orang Asli . Mesin-mesin dialisis adalah dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sumbangan NGO. Unit Hemodialisis Hospital Tapah telah menerima bantuan sumbangan RM 700 000 daripada PNB. Melalui sumbangan itu telah didirikan sebuah bangunan baru yang telah disiapkan sepenuhnya pada 28 Febuari 2017.

 

Objektif 

  • Memberi perkhidmatan rawatan Hemodialisis kepada pesakit yang dirujuk oleh Pakar Nefrologi Hospital Ipoh.
  • Memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit-pesakit Daerah Batang Padang dan kawasan sekitarnya mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
  • Memberi perkhidmatan rawatan dengan selamat, betul, berkualiti dan masa yang mencukupi.

 

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan di berikan perkhidmatan Rawatan Hemodialisis sekurang kurangnya 4 jam dan 3 kali seminggu.
  • Setiap pelanggan akan diberikan layanan yang baik.mesra,bersopan santun dan bertimbang rasa serta perkhidmatan diberikan dengan jujur dan ikhlas.

  • Kami akan menyiasat sebarang aduan daripada pesakit dan mengambil tindakan dengan segera.

  • Kami akan bekerja dengan semangat berpasukan dan bertanggungjawab  ke arah perkhidmatan yang berkualiti.

  • Matlamat kami memberikan keselesaan yang paling  optima kepada  pesakit pesakit.

 

Organisasi / Pengurusan & Sumber Manusia

 Carta Organisasi Unit

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

  • Memberi rawatan haemodialisis selama 4 jam sekali rawatan dan 3 kali seminggu atau atas arahan doktor pakar.
  • Setiap kali rawatan dialisis keatas pesakit akan di rekodkan didalam carta ‘Haemodialysis Treatment Record” dan buku kedatangan / lapuran harian.
  • Pemeriksaan ke atas vital sign akan di lakukan 2 jam sekali semasa rawatan dijalankan dan catitkan dalam carta “Haemodialisis Treatment Rekod”
  • Jika berlaku kecemasan atau komplikasi teruk keatas pesakit pegawai perubatan dalam Panggilan Unit Kecemasan akan dihubungi.
  • Ujian makmal dibuat mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
  • Pelawat hendaklah mendapat kebenaran dari kakitangan bertugas sebelum masuk keunit Haemodialisis dan hendaklah gunakan kasut yang disediakan.
  • Kakitangan Unit Haemodialisis hendaklah mengamalkan “Standard Precaution “ sebelum, semasa dan selepas rawatan.
  • Proses semula dialyser dibuat oleh Pen Peg Perubatan ,Jururawat terlatih , PPK dengan kebenaran Pengarah Hospital mengikut protokol yang ditetapkanPeruntukan perbelanjaan di tentukan oleh Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur untuk semua Unit Hemodialisis di Malaysia.

 

Aktiviti - Aktiviti Yang Dijalankan

  • Melakukan prosedur haemodialisis keatas pesakit.
  • Mengambil contoh darah untuk pemeriksaan kesihatan pesakit.
  • Memberikan rawatan ubat-ubatan semasa dialisis.
  • Melakukan infusi darah atas arahan Pakar Nefrologi.
  • Menyediakan pesakit untuk rawatan susulan Pakar Nefrologi mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Menyediakan retan semasa dan tahunan untuk Yayasan Buah Pinggang Negara (NRR).

 

Polisi & Prosedur

  • Kemasukan pesakit ke unit Haemodialisis diberi keutamaan kepada kes yang di rujuk dari Pakar nefrologi bagi kes CAPD atau renal transplantmengalami kegagalan .Bagi kes biasa pemilihan akan di buat oleh jawatan kuasa pemilihan dimana pesakit akan di temuduga dan dipilih melalui mesyuarat pemilihan. Pemilihan mengikut pemarkahan dan budi bicara pengarah.
  • Kakitangan yang bertugas di Unit Haemodialisis mestilah menjalani pemeriksaan darah seperti Hbs Ag, Anti HCV dan Anti HIV setiap 6 bulan.
  • Pesakit yang diterima masuk untuk menjalani rawatan haemodialisis mestilah menjalani pemeriksaan darah seperti Hbs Ag , Anti HCV. & Anti HIV .
  • Pesakit viral positif dan viral negatif diberi rawatan di ruangan yang berasingan.
  • Pesakit diberikan rawatan mengikut jadual yang di tetapkan. Perubahan dalam jadual hendaklah di maklumkan kepada Pengurus Dialisis.
  • Memberi rawatan haemodialisis kepada pesakit dari hari Isnin hingga hari Sabtu 7.00 am  hingga  00 pm  termasuk hari cuti am dan ditutup pada hari Ahad.

 

Waktu Operasi

Waktu Masa
Pagi 7 Pagi - 12 T/Hari
Petang 1 Petang - 5 Petang

 Unit Hemodialisis Hospital Tapah di buka setiap hari termasuk hari kelepasan Am dan cuma ditutup pada hari Ahad.

Tarikh Kemaskini : 8 Jun 2021 
Sumber : Encik Muhamad Nasir Bin Mat Isa ( Ketua Unit Hemodialisis)

Number Of Visitors: 984703
  • PicCorona
  • PicDenggi
  • PicMenteri
  • PicPM
  • PicSenam
  • PicSumbangan
  • PicZika
  • denggi
  • denggi2
  • img_appsubat
  • img_banjir
  • img_norasuah
  • img_remaja
  • pekab40
  • picZika
  • picZika2

Gambar Buletin Farmasi April 2020

Last Update:Thursday 10 June 2021, 11:06:30.