Sajian & Dietetik

Ditulis oleh Pentadbir Web on . Posted in Perkhidmatan Sokongan Klinikal

Pengenalan

Ia adalah sebuah unit sokongan dan terletak bersebelahan dengan pejabat HSS. Operasi Utama ialah membekalkan makanan yang berzat, berkhasiat untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan untuk pesakit dalam wad.

Menyediakan bekalan 'ration' malam untuk pekerja malam dan Doktor bertugas dalam panggilan.

Organisasi dan Pengurusan

Unit ini diketuai oleh Pengarah Hospital dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan beserta 7 orang Pembantu Penyediaan Makanan. Menjalankan tugas mengikut panduan dari buku manual Diet Hospital yang disediakan oleh KKM.

Visi

Menyediakan perkhidmatan makanan halal, berzat dengan cepat dan tepat.

Misi

a) Menyediakan makanan mengikut keperluan pesakit
b) Makanan yang disediakan menepati diet yang dipesan oleh Doktor
c) Menghidang makanan tepat pada waktu
d) Mempastikan makanan yang dibekal adalah makanan yang selamat dan berkualiti.

Piagam Pelanggan

a) Makanan dijamin, ditanggung halal dan bersih.
b) Kami bertanggungjawab menyediakan sajian makanan untuk pesakit malam di hospital ini.
c) Setiap pesakit akan dibekalkan dengan makanan yang bermutu dan berkualiti dan juga bersesuaian dengan diet yang ditentukan oleh Doktor.

Objektif Unit

Membantu penyembuhan awal dari penyakit-penyakit biasa dan juga penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pemakanan serta menyediakan makanan yang bersesuaian dan seimbang bagi sesuatu penyakit.

Bagi melengkapkan rawatan perubatan pesakit dalam mempertingkatkan lagi taraf pemakanan bersesuaian dengan perkhidmatan makanan klinikal.

Aktiviti Yang Dijalankan

1. Membekalkan diet kepada pesakit di wad, Doktor dalam panggilan dan 'ration' malam bagi petugas malam.
2. Membekalkan diet teraputik kepada pesakit mengikut arahan Doktor.
3. Memberi susu khas kepada pesakit yang memerlukannya.
4. Memberikan makanan ringan kepada pesakit Hemodialisis.

Polisi Dan Prosedur

Semua prosedur dan tatacara adalah polisi Jabatan dan Kementerian. Semua anggota diwajibkan memahami polisi unit. 'Manual Diet Hospital' digunakan sebagai rujukan dalam menjalankan kerja harian.

Aktiviti peningkatan kualiti

Aktiviti kualiti ada dijalankan seperti Uji Rasa, NIA, Kepuasan Pelanggan dan latihan di CME.

Jumlah Pelawat: 498298
Kemaskini Terakhir:Khamis 03 November 2016, 22:26:49.