Pengimejan Diagnostik-XRay

Ditulis oleh Pentadbir Web on . Posted in Perkhidmatan Sokongan Klinikal

Pengenalan

Unit Pengimejan Diagnostik (X-Ray) di Hospital Tapah adalah sebuah unit yang terletak di Bangunan utama dan Pentadbiran Hospital ini. Perkhidmatan yang diberikan adalah 24 jam. Menerima kes-kes dari Unit Kecemasan, Wad-Wad, Klinik Susulan dan Klinik Pakar serta menerima kes-kes dari Poliklinik Jalan Damai jika diperlukan.

 Objektif

1. Memberikan satu bentuk perkhidmatan pengimejan diagnostik kepada pesakit dan orang ramai yang memerlukan.
2. Memberi perkhidmatan tanpa mengira latarbelakang agama, bangsa atau taraf sosio-ekonomi.
3. Menyediakan radiograf untuk tujuan diagnosis yang mempunyai nilai-nilai:
(a) Radiograf dengan imej yang berkualiti.
(b) Imej radiograf yang tepat dan tanpa diragui nilai diagnostiknya.
(c) Sebagai bahan bukti 'Medico Legal' yang tepat dan sah.
(d) Pemilihan 'view' yang tepat, mudah dan selesa untuk pesakit serta mudah untuk didiagnoskan.
(e) Memberikan jaminan keselamatan radiasi yang rendah dan optima kepada pesakit, kakitangan dan orang ramai yang mendapatkan perkhidmatan atau berdasarkan prinsip ALARA ( As Low As Resanable Achievable) serta mematuhi standard mengikut Akta 304 dan MS 838-1985.

Polisi dan Prosedur

Polisi Unit Pengimejan Diagnostik adalah beroperasi 24 jam pada waktu pejabat dan selepas waktu pejabat dan tugas atas panggilan atau 'oncall'. perkhidmatan kami merangkumi pemeriksaan radiografi am dan juga radiografi mudah gerak (Mobile). Pelanggan-pelanggan kami adalah terdiri dari Pegawai Perubatan atau Pakar yang membuat permohonan untuk pemeriksaan radiografi dan prosedur-prosedur khas bagi pesakit-pesakit mereka yang memerlukan pemeriksaan.

Radiograf yang memerlukan laporan Pakar Radiologi akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Unit ini juga menerima kes-kes yang dirujuk dari Klinik-Klinik Kesihatan Bidor, Sungkai dan Penjara Tapah serta Poliklinik Jalan Damai jika Juru X-Ray mereka bercuti.

Aktiviti Peningkatan Kualiti

Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, pihak kami menjalankan KPI dan NIA setiap bulan. Tujuan utama dilakukan adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan serta menghasilkan radiograf yang berkualiti tinggi.

Jumlah Pelawat: 510823
Kemaskini Terakhir:Khamis 03 November 2016, 22:26:49.