Pemulihan Carakerja

Ditulis oleh Pentadbir Web on . Posted in Perkhidmatan Sokongan Klinikal

Pengenalan

Unit Pemulihan Cara Kerja ditubuhkan secara rasmi pada 223hb Ogos 2010 di Hospital Tapah. Pemulihan Cara Kerja atau lebih dikenali dengan singkatan 'OT' merupakan satu unit yang menggalakkan pesakit untuk melakukan aktiviti berfungsi secara berdikari. Aktiviti berfungsi ini termasuklah aktiviti yang melibatkan kerja pesakit, penjagaan diri pesakit, aktiviti riadah pesakit, aktivti domestik dan aktiviti komuniti yang melibatkan pesakit.

 

Jurupulih akan bekerja atau berurusan dengan individu iaitu pesakit, keluarga dan juga kumpulan dalam sesuatu komuniti untuk membantu pesakit melibatkan diri semula dalam pekerjaan sehariannya.

Visi

Sekumpulan kakitangan yang profesional akan memberikan perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja yang berkualiti secara berterusan kepada semua pesakit / pelanggan yang dirujuk.

Misi

Unit ini akan memberikan perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja yang berkualiti kepada pesakit- pesakit yang dirujuk. mereka akan dirawat dalam suasana yang selamat dan selesa dengan menggunakan kemahiran dan teknologi yang terbaik. Maruah dan kerahsiaan pesakit akan dikekalkan oleh kakitangan yang profesional, prihatin dan boleh bekerja dalam pasukan.

Objektif Operasi

1) Memberikan perkhidmatan yang tepat, berkesan dan cekap kepada pesakit yang dirujuk.
2) Meningkatkan atau mengekalkan keupayaan kefungsian bagi individu yang mengalami ketidakupayaan fizikal atau psikososial, kognitif melalui aktiviti teraputik yang terpilih.
3) Memastikan semua kakitangan memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan bersopan santun, bertimbang rasa dan menghormati pelanggan.
4) Menggalakkan kakitangan agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran diri melalui program CME dan CPD.
5) Menggalkkan semangat bekerja dalam berpasukan di dalam dan di luar jabatan.

Aktiviti yang dijalankan

a) Melakukan penilaian dan latihan semula aktiviti seharian pesakit.
b) Meningkatkan kebolehan kefungsian/mengekalkan kebolehupayaan sedia ada.
c) Meningkatkan kekuatan otot dan julat pergerakan sendi.
d) Melakukan penilaian dan nasihat mengenai alat bantuan dan pengubahsuaian peralatan / persekitaran rumah / sekolah / tempat kerja.
e) Melakukan penilaian pekerjaan / pra vokasional dan latihan semula
f) Melakukan rehabilitasi domestik
g) Melakukan penilaian / pemilihan dan latihan kerusi roda
h) Memberikan pakaian tekanan untuk pesakit 'burn' dan tubigrip
i) splinting
j) Mengadakan lawatan ke rumah / sekolah / tempat kerja
k) Melakukan pemulihan dari segi kognitif dan psikososial
l)) Pengurusan tekanan (stress) dan pencegahan awal

Antara rawatan yang diberikan:

1) Fracture
2) Rhematoid Arthiritis
3) Ostheoarthritis
4) Tendon Cut
5) Stroke
6) Traumatic Brain Injury
7) Vericous Vein
8) Spinal Injury
9) Cerebal Palsy
10) Down Syndrome
11) Delay Developmental Disorder
12) Mental Retarded
13) Hydrocephalus
14) Schizophrenia
15) Mood Disorder
16) Anxiety Disorder
17) Personality Disorder
18) Delirium
19 dan lain-lain

Jumlah Pelawat: 524928
Kemaskini Terakhir:Khamis 03 November 2016, 22:26:49.