Kejururawatan

Ditulis oleh Pentadbir Web on . Posted in Perkhidmatan Klinikal

Pengenalan

Anggota unit kejururawatan berusaha untuk memberikan tahap perkhidmatan dan perawatan yang berkualiti, selamat dan berkesan serta memberi kepuasan kepada pelanggan yang dirawat di hospital ini. Hospital ini juga menerima pelajar-pelajar dari Kolej Pembantu Perubatan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk latihan amali selama 2 minggu di bilik bersalin. Pos basik A&E juga menjalankan latihan disini selama satu minggu.

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dengan menitikberatkan perawatan holistik dari segi fizikal, emosi, sosial, keagamaan  berpandukan nilai-nilai perikemanusiaan dan penyayang.
  • Perkhidmatan kejururawatan yang diberi kepada pesakit disemua hospital berkesan dan berkualiti berpandukan aspek promomotif, pencegahan, pemulihan dan rehabilitasi.
  • Mengadakan piawaian polisi sebagai panduan untuk mengukur prestasi perkhidmatan kejururawatan.
  • Mengawal infeksi hospital ditahap yang dibenarkan.
  • Anggota kejururawatan mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berfungsi dengan berkesan.
  • Amalan kejururawatan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam akta jururawat.

Aktiviti yang dijalankan:

1) Memberi prosedur rawatan kejururawatan ke atas pesakit.
2) Memberi rawatan kepada pesakit untuk mengelak berlakunya maternal mortality.
3) Memberi rawatan susulan.
4) Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan.

Analisa Keperluan / Dasar

Hospital Tapah merupakan hospital tanpa pakar. Diagnosa dan rawatan asas dibuat oleh Pakar Perubatan. Walaupun hospital ini tidak mempunyai pakar, pengawasan dibuat melalui lawatan pakar-pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Teluk Intan dan Slim River.

Strategi

Perkhidmatan rawatan pesakit dalam akan terus diperluaskan dan menyediakan kemudahan peralatan dan anggota yang mencukupi.

Pelanggan

a) Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalam.
b) Mangsa perkosaan dan deraan.
c) Bukan pesakit seperti waris, orang awam dan pihak swasta atau pihak yang berkaitan.
d) Pesakit yang yang datang ke wad bersalin untuk kelahiran.

Jumlah katil adalah 100 buah bagi 5 buah wad.

Semua anggota baru yang melaporkan diri akan melalui 2 peringkat orientasi iaitu di mana peringkat pertama oleh bahagian pentadbiran dan peringkat kedua oleh Ketua Jururawat.Semua anggota digalakkan menghadiri kursus, seminar dan bengkel yang dijalankan di dalam jabatan dan luaran jabatan. CPD direkodkan.

Polisi dan prosedur

Semua polisi dan tatacara adalah mengikut polisi jabatan dan kementerian. Semua anggota diwajbkan memahami polisi di unit masing-masing. 'Clinical Practice Guideline' digunakan sebagai rujukan untuk rawatan pesakit.

Aktiviti peningkatan kualiti

Aktivti kualiti adalah seperti QAP, Piagam Pelanggan, Kepuasan Pelanggan, KMK, NIA, Incident Reporting dan Inovasi. Mengadakan sambutan Hari Kualiti setiap tahun. Mengambil bahagian dalam konvensyen QAP. Penyelaras Kualiti akan mengutip data setiap bulan.

Perkhidmatan yang disediakan

a) Pesakit Dalam

Unit kejururawatan adalah terdiri dari anggota-anggota yang bertugas di Bahagian Pesakit Dalam yang terdiri daripada 5 buah wad, Klinik Pakar dan susulan serta Unit Sucihama.

Wad-wad yang beroperasi ialah:

1) Wad Perempuan
2) Wad Lelaki
3) Wad Kanak-Kanak
4) Wad Penyakit Berjangkit ( akan berfungsi apabila terdapat wabak kes-kes penyakit berjangkit seperti SARS,H1N1,Typhoid dan lain-lain lagi)
5) Wad Bersalin

b) Rawatan Obstetrik dan Ginekologi (Wad Bersalin)

c) Klinik Pakar
Lawatan pakar-pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Slim River dan Teluk Intan dilakukan secara berjadual.

Pakar-pakar yang membuat lawatan ialah :

1) Pakar Perubatan
2) Pakar Pembedahan
3) Pakar Kanak-Kanak
4) Pakar Sakit Puan
5) Pakar Ortopedik
6) Pakar Mata
7) Pakar Hidung, Telinga & Tekak (ENT)

d) Klinik Ibu Mengandung

e) Klinik Untuk Rawatan Pesakit Tibi

Jumlah Pelawat: 498300
Kemaskini Terakhir:Khamis 03 November 2016, 22:26:49.