Pengenalan

Unit Pengurusan Maklumat ditubuhkan adalah bertujuan untuk meningkatkan perlaksanaan program ICT seperti menyelenggara sistem aplikasi serta peralatan komputer, khidmat nasihat perolehan dan aktiviti celik komputer di kalangan warga hospital.

 

Lokasi

Pegawai Unit ICT beroperasi di bilik No 8 Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran memandangkan tiada lagi bilik khas ICT sendiri untuk melaksanakan tugas dan hanya seorang pegawai IT sahaja ditempatkan di Hospital Tapah.

Objektif

1. Menyediakan perkhidmatan ICT yang efisien kepada semua unit bagi meningkatkan kualiti operasi harian Hospital Tapah
2. Memberikan maklumbalas terhadap aduan kerosakan peralatan ICT dalam tempoh 4 jam waktu bekerja.
3. Memberikan maklumbalas terhadap aduan peneylenggaraan pembetulan (corrective) sistem aplikasi dalam tempoh 1 jam waktu bekerja.
4. Memberikan latihan pembudayaan ICT kepada semua warga hospital sekurang-kurangnya di peringkat asas.

Slogan
"Ke Arah Warga Hospital Yang Membudayakan ICT"

Struktur Organisasi

Unit ini telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2009 dengan perjawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 dipinjamkan dari Unit Pengurusan Maklumat JKN Perak.

Skop Perkhidmatan

Unit ICT komited untuk menawarkan perkhidmatan sokongan kepada warga hospital mengikut skop berikut:-

1. Penyelenggaraan sistem aplikasi, perisian sistem dan perkakasan ICT.
2. Kemudahan Infrastruktur rangkaian, internet dan keselamatan ICT.
3. Khidmat nasihat dan rundingcara perolehan produk ICT.
4. Kajian dan pembangunan sistem aplikasi berkomputer.
5. Program latihan pembudayaan ICT.
6. Sokongan bantuan teknikal.

Perkhidmatan Pelanggan

Waktu Operasi

08:00 Pagi - 05:00 Petang ( Isnin hingga Jumaat)

LATAR BELAKANG

Perkhidmatan Sokongan Institusi Kesihatan

Memantau secara berterusan pelaksanaan perkhidmatan sokongan dengan:

  • Menilai tahap prestasi perkhidmatan syarikat konsesi/ perunding dalam tempoh setiap 6 bulan.
  • Menyediakan perkhidmatan perunding dan perkhidmatan sokongan hospital kepada semua institusi dan hospital baru dalam tempoh 14 hari waktu bekerja selepas menerima “Surat Pelantikan Perkhidmatan Sokongan Hospital”.

 

Objektif Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK) adalah untuk:

  1. Merancang dan melaksanakan program-program di bawah BPK.
  2. Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan secara berkesan dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna.
  3. Memastikan Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling Luar Bandar dilaksanakan secara berkesan.
  4. Melaksanakan projek baru dan naiktaraf kemudahan kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti, dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
  5. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab BPK.
  6. Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di institusi kesihatan.
  7. Menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984(Akta 304) dan peraturan-peraturan berkaitan bagi maksud perubatan untuk memastikan penggunaan sinaran mengion secara selamat, berkesan dan optimum kepada pesakit, pekerja dan orang awam.
  8. Memastikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan

Pengenalan

Unit Pentadbiran & Kewangan menguruskan semua aktiviti pengurusan di dalam Hospital Tapah terutama di bawah aktiviti berikut:

1. Urusan Pentadbiran
2. Urusan Sumber Manusia
3. Urusan Kewangan
4. Urusan Hasil
5. Urusan Khidmat Pelanggan

Unit Pentadbiran & Kewangan beroperasi mengikut waktu pejabat iaitu 07:30 (waktu anjal) pagi hingga 05:30 petang kecuali bagi Pengawal Keselamatan dan Pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas mengikut 3 syif.

Visi

Mewujudkan Unit Pentadbiran & Kewangan yang meliputi aspek Perkhidmatan, Pentadbiran dan Kewangan yang cekap dan berkesan.

Misi

Untuk memberi kepuasan kepada semua pelanggan disamping berusaha untuk membantu aktiviti-aktiviti lain untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.

Objektif

Memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap dan teratur dalam semua urusan perkhidmatan dan pentadbiran selaras dengan Perintah Am dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

Pengurusan Sumber Manusia

No
Jawatan
Bil
1 Pen.Pegawai Tadbir Gred N27 2
2 Pembantu Tadbir Kanan (P/O) Gred N22 1
4 Pembantu Tadbir Kanan Gred (KEW) Gred W22 1
5 Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 8
6 Pembantu Tadbir (KEW) Gred W17 6
7 Peg.Khidmat Pelanggan N17 5
9 Pengawal Keselamatan KP 11 4
10 Pembantu Operasi N11 2

Polisi dan prosedur

1. Memberi perkhidmatan pentadbiran & Kewangan yang cekap dan berkesan untuk menyokong program 'care patient' yang dijalankan oleh Hospital Tapah.
2. Memastikan kutipan hasil yang mencukupi dan teratur selaras dengan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Kemudahan dan peralatan

1. Komputer
2. Penghawa Dingin
3. Sistem Pencegah Kecurian (Alarm System)
4. Alat Pemadam Api
5. Mesin Photostat
6. Rak-rak Kabinet
7. Perabot Kerusi Meja

Aktiviti Peningkatan Kualiti

1. Aktiviti peningkatan kualiti yang dilaksanakan di Unit Pentadbiran & Kewangan salah satunya adalah mengwujudkan suatu sistem untuk mengenalpasti kelayakan/baki cuti setiap anggota.

2. Memperbesarkan ruang pejabat untuk keselesaan kakitangan pejabat.

3. Menyediakan borang kepuasan pelanggan.

4. Memasang 'signage'.

5. Mengwujudkan kajian kepuasan pelanggan, piagam pelanggan dan peti cadangan untuk meningkatkan kualiti Unit Pentadbiran & Kewangan.

6. Meningkatkan kualiti sistem fail supaya fail dapat diuruskan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Jumlah Pelawat: 639413
Kemaskini Terakhir:Isnin 26 Ogos 2019, 12:10:47.