Pengenalan

Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu unit sokongan yang terdapat dalam perkhidmatan Hospital Tapah. Unit ini terletak di tingkat satu bangunan utama Unit Pentadbiran. Lokasinya ialah disebelah kanan iaitu bersebelahan dengan Unit Pentadbiran Hospital Tapah.

 

Objektif

1. Untuk menyediakan data/maklumat berorientasikan pengurusan yang tepat dan berkenaan kepada pengurus-pengurus di pelbagai peringkat pentadbiran hospital / kementerian untuk penyediaan program perawatan perubatan.

2. Untuk membantu pihak perancang dan pengurus menentukan program keperluan masa hadapan dan menilai prestasi yang lalu.

3. Untuk memudahkan usaha memajukan norma dan piawaian bagi program pengurusan perawatan perubatan.

4. Sebagai asas pengesanan kemajuan dan keberkesanan sistem perkhidmatan perawatan perubatan.

Pengurusan Sumber Manusia

No
Jawatan
Bil
1 Pen.Pegawai Tadbir (Rekod) Gred U32 1
2 Pen.Pegawai Tadbir (Rekod) Gred U29 1
3 Pembantu Tadbir Gred N17 1
4 Pembantu Am Rendah Gred N1 2

Unit ini berperanan menerima, menyatukan, menjaga, menyimpan dan mengeluarkan dan mengedarkan maklumat berkaitan perawatan pesakit dengan lebih cekap, berkesan dan sistematik. Menerima, mengumpul dan memproses statistik dengan lebih cepat dan tepat.

Unit  Kualiti  di  Hospital  Tapah  telah  ditubuhkan  pada  tahun  2005. Unit  ini  berfungsi  untuk  menyelaraskan  semua aktiviti  kualiti  yang  telah  ditetapkan  oleh  Kementerian  Kesihatan  Malaysia.

DASAR  KUALITI

Hospital  Tapah  adalah  komited  untuk  memberikan  perkhidmatan  yang  berkualiti  dan  dapat  memenuhi  kehendak  pelanggan. Untuk  mencapai  matlamat  ini, penekanan  diberi  kepada aspek  latihan, perkhidmatan  perawatan  yang  cekap, berkesan, kajian  semula  dan  perlaksanaan  aktiviti  penambahbaikan  kualiti  secara  berterusan  yang  memenuhi  keperluan  dan  objektif  organisasi.

OBJEKTIF

  • Ke Arah Mencapai Dan Mengekalkan Pensijilan Program-Program Kualiti - Akreditasi Hospital MS ISO 9002.
  • Memenuhi  Sasaran  KPI/NIA  bagi  setiap  Jabatan / Unit  yang  terlibat.
  • Memberi  perkhidmatan  perawatan  dengan  penerapan  dan  penambahbaikan kualiti  yang  berterusan  disamping  menggalakkan aktiviti-aktiviti  pembelajaran, penyelidikan  dan  penggunaan  kemudahan  berteknologi  terkini.

Pengenalan

Bangunan Unit Bekalan Bahan Steril telah berusia melebihi 50 tahun dan pada asalnya adalah sebuah kantin yang telah diubahsuai. perkhidmatan yang diberikan merangkumi Hospital Tapah dan Pejabat Kesihatan Batang Padang. Unit ini adalah satu unit yang memproses, mengedar, dan mengawal semua peralatan, set-set kain-kainan dan sebagainya untuk semua pelanggan didalam dan diluar. Unit ini adalah menjadi jantung atau nadi hospital untuk mengawal serta mengelak infeksi. Segala aktiviti pensterilan dijalankan tetapi tidak mematuhi standart. Unit ini dalam proses ke arah Sistem Portal, permohonan untuk pengubahsuaian telah diajukan kepada pihak pentadbiran.

 

Organisasi dan Pengurusan

1. Dokumen seperti visi, misi dan objektif dipamerkan.
2. Carta Organisasi di jelaskan - Pengarah Hospital mengetuai pentadbiran hospital, Penyelia Jururawat mengetuai unit kejururawatan dan seterusnya Ketua Jururawat bertanggungjawab menguruskan unit CSSS.
3. Mesyuarat bersama anggota dijalankan setiap 4 bulan sekali dan minit mesyuarat dibaca oleh setiap anggota dan ditandatangani.
4. Statistik direkod dan dipamerkan.

Objektif Operasi

1. Mengadakan dan menyediakan perkhidmatan sucihama untuk membekalkan bahan-bahan yang steril dan selamat serta mengawal infeksi.
2. Mematuhi dan menguatkuasakan kawalan infeksi mengikut polisi kawalan infeksi Hospital Tapah dan KKM.
3. Mengemaskini dan mengimplimentasikan perubahan yang disyorkan dari semasa ke semasa.
4. Memberi perkhidmatan /perundingan kepada unit-unit lain berkaitan CSSS termasuk memberi tunjuk ajar.

Aktiviti Yang Dijalankan

1. Penerimaan peralatan tercemar dari wad dan unit.
2. Pengendalian (penyucian) peralatan tercemar mengikut S.O.P.
3. Peralatan yang telah bersih dan kering di 'packing' dan seterusnya akan disucihama.
4. Menyusun peralatan yang steril di dalam bilik steril.
5. Mengedarkan semula peralatan telah steril ke wad dan unit.
6. Pensterilan peralatan dari hospital lain semasa hospital tersebut mengalami masalah.

Pengurusan Modal Insan

No
Jawatan
Bil
1 Ketua Jururawat Gred U32 1
2 Jururawat Terlatih Gred U29 1
3 Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U112 2
4 Operator Oktokleb Gred R3 3

Polisi dan Prosedur

Polisi dan Prosedur adalah mengikut Polisi Jabatan dan Kementerian. Semua anggota mempunyai "Manual Prosedur Kerja" masing-masing sebagai rujukan dalam melaksanakan tugas.

Aktiviti Peningkatan Kualiti

Aktiviti kualiti seperti KPI, Piagam Pelanggan, Kepuasan Pelanggan dan Laporan Insiden dijalankan mengikut jadual.

Pengenalan

Ia adalah sebuah unit sokongan dan terletak bersebelahan dengan pejabat HSS. Operasi Utama ialah membekalkan makanan yang berzat, berkhasiat untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan untuk pesakit dalam wad.

Menyediakan bekalan 'ration' malam untuk pekerja malam dan Doktor bertugas dalam panggilan.

Organisasi dan Pengurusan

Unit ini diketuai oleh Pengarah Hospital dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan beserta 7 orang Pembantu Penyediaan Makanan. Menjalankan tugas mengikut panduan dari buku manual Diet Hospital yang disediakan oleh KKM.

Visi

Menyediakan perkhidmatan makanan halal, berzat dengan cepat dan tepat.

Misi

a) Menyediakan makanan mengikut keperluan pesakit
b) Makanan yang disediakan menepati diet yang dipesan oleh Doktor
c) Menghidang makanan tepat pada waktu
d) Mempastikan makanan yang dibekal adalah makanan yang selamat dan berkualiti.

Piagam Pelanggan

a) Makanan dijamin, ditanggung halal dan bersih.
b) Kami bertanggungjawab menyediakan sajian makanan untuk pesakit malam di hospital ini.
c) Setiap pesakit akan dibekalkan dengan makanan yang bermutu dan berkualiti dan juga bersesuaian dengan diet yang ditentukan oleh Doktor.

Objektif Unit

Membantu penyembuhan awal dari penyakit-penyakit biasa dan juga penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pemakanan serta menyediakan makanan yang bersesuaian dan seimbang bagi sesuatu penyakit.

Bagi melengkapkan rawatan perubatan pesakit dalam mempertingkatkan lagi taraf pemakanan bersesuaian dengan perkhidmatan makanan klinikal.

Aktiviti Yang Dijalankan

1. Membekalkan diet kepada pesakit di wad, Doktor dalam panggilan dan 'ration' malam bagi petugas malam.
2. Membekalkan diet teraputik kepada pesakit mengikut arahan Doktor.
3. Memberi susu khas kepada pesakit yang memerlukannya.
4. Memberikan makanan ringan kepada pesakit Hemodialisis.

Polisi Dan Prosedur

Semua prosedur dan tatacara adalah polisi Jabatan dan Kementerian. Semua anggota diwajibkan memahami polisi unit. 'Manual Diet Hospital' digunakan sebagai rujukan dalam menjalankan kerja harian.

Aktiviti peningkatan kualiti

Aktiviti kualiti ada dijalankan seperti Uji Rasa, NIA, Kepuasan Pelanggan dan latihan di CME.

Pengenalan

Unit Fisioterapi Hospital Tapah telah beroperasi pada 04hb Ogos 2009. Unit ini terletak bersebelahan dengan bangunan ketua jururawat dan wad kanak-kanak.

Organisasi & Pengurusan

Unit ini dikendalikan oleh seorang Jurupulih Anggota Perubatan U29 dan disokong oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Objektif Unit

a) Mengenalpasti masalah pesakit melalui kaedah penilaian berkemahiran tinggi.
b) Merancang program rawatan fisioterapi yang paling sesuai dengan kondisi pesakit.
c) Melaksanakan rawatan melalui penggunaan berbagai kaedah rawatan yang mana faktor keberkesanan dan keselamatan diutamakan.
d) Mengwujudkan satu sistem dokumentasi yang komprehensif dan simpanan maklumat teratur yang mana boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.
e) Membantu pesakit memelihara keupayaan dari segi kefungsian diri.
f) Melaksanakan program pendidikan pesakit dalam usaha melibatkan pesakit serta keluarga dalam program pemulihan.
g) Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan dan kecergasan diri ke arah membantu mencapai hidup yang lebih berkualiti.
h) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Jurupulih Perubatan (Anggota) melalui 'Continouos Professional Development (CPD) yang berterusan bagi memastikan mutu kerja dan perkhidmatan yang efektif dan efisyen.

Polisi & Prosedur

Pesakit dirujuk oleh Pegawai Perubatan bagi:

a) Pesakit Dalam
b) Klinik-Klinik Jabatan Pesakit Luar di Hospital Tapah
c) Hospital-Hospital dan Klinik-Klinik Kesihatan di Batang Padang dan Negeri Perak.
d) Semua kes yang dirujuk perlu menggunakan Borang Rujukan Fisioterapi.

Perawatan Fisioterapi

i) Jurupulih Perubatan (Anggota) akan menjalankan penilaian awal ke atas setiap kes baru sebelum merangka program rawatan dan mendokumenkan ke dalam borang POMR (Problem Oriented Medical Record) Fisioterapi iaitu borang 'Assessment Form' untuk 'Physiotherapy Department keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor borang tertentu seperti 'Physio/AX 1/2000' hingga 'Physio/AX 13/2000' yang disediakan.

ii) Bagi pesakit luar, borang POMR dilampirkan dalam kad rawatan Medl 99D sementara pesakit di wad borang POMR dilampirkan di dalam BHT pesakit.

iii) Semua prosedur rawatan bagi pesakit di wad akan dikendalikan di dalam wad kecuali yang memerlukan peralatan khusus di unit. Mereka akan dibawa ke unit mengikut perancangan.

Privasi Pesakit

1) Rawatan Fisioterapi akan dikendalikan secara privasi di dalam kubikel atau di ruang yang tertutup.
2) Dalam kes-kes tertentu yang melibatkan berlainan jantina di antara pesakit dan Jurupulih Perubatan (Anggota), peneman yang terdiri daripada staf atau keluarga akan dipanggil sebagai 'chaperone'.

Waktu Operasi

Waktu operasi Unit Fisioterapi mengikut waktu pejabat iaitu dari jam 08:00 pagi hingga 05:00 petang bagi bahagian Pesakit Luar dan Wad.

Aktiviti Yang Dijalankan

Unit Fisioterapi memberi perkhidmatan Fisioterapi yang berkesan dengan penilaian, pencegahan dan mengenalpasti masalah-masalah berkenaan pergerakan anggota atau sistem kardio-respiratori kepada pesakit-pesakit yang dirujuk.

Jumlah Pelawat: 584870
Kemaskini Terakhir:Khamis 29 Mac 2018, 11:32:58.