LATAR BELAKANG UNIT

Unit  Kawalan Infeksi di Hospital Tapah ditubuhkan pada 1998 dimana program pengawasan Kawalan Infeksi dijalankan oleh Jururawat Kawalan Infeksi  iaitu dengan membuat rondaan/lawatan ke wad/unit setiap hari mengikut ketetapan jadual.

Jururawat Kawalan Infeksi dibantu oleh  ‘Link Nurse’ dari setiap unit bertujuan untuk melancarkan lagi program kawalan infeksi disesebuah wad/unit.

 

OBJEKTIF

Meningkatkan kualiti kesihatan dengan mengurangkan kadar jangkitan  nosokomial /Hospital Aquired Infection ( HAI ) kepada pesakit dan anggota  hospital.

Pengenalan

Unit Hemodialisis Hospital Tapah telah mula beroperasi pada 18hb Oktober 2004. Ia memberikan perkhidmatan untuk pesakit di daerah Batang Padang dan Unit Dialisis hospital lain bagi kes menumpang.

Fungsi Utama

1) Operasi 'System Air Revers Osmosis'
2) Memproses semula 'dialyser'.
3) Melakukan prosedur hemodialisis
4) Mengambil contoh darah untuk pemeriksaan 'urea reduction rate'
5) Memberikan suntikan ubat semasa dialisis.

Objektif

Memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit dengan berkesan mengikut jadual dan masa yang mencukupi.

Aktiviti Yang Dijalankan

a) Melakukan prosedur hemodialisis ke atas pesakit
b) Mengambil contoh darah untuk pemeriksaan kesihatan pesakit.
c) Memberikan rawatan ubat-ubatan semasa dialisis
d) Melakukan infusi darah atas arahan Pakar Nefrologi.
e) Menyediakan pesakit untuk rawatan susulan Pakar Nefrologi mengikut jadual yang ditetapkan.

Kakitangan yang bertugas mempunyai latihan pos basik renal dan sekurang-kurangnya kursus jangka pendek dari Hospital Ipoh.

Aktiviti Peningkatan Kualiti

a) Kakitangan terlibat dengan program peningkatan kualiti.
b) Semua komplikasi pesakit dan tindakan mengatasinya ketika menjalani hemodialisis dicatitkan.
c) Kajian Kepuasan Pelanggan dan piagam pelanggan. Peti Cadangan telah dibuat untuk meningkatkan kualiti unit.
d) Pelanggan boleh membuat aduan mengenai unit boleh menghubungi terus ketua unit melalui telefon.
e) Kajian dianalisa diambil tindakan dan hasil tindakan dicapai.
f) Aduan yang diberikan oleh kakitangan dirahsiakan dan tidak bernama.

Pengenalan

Anggota unit kejururawatan berusaha untuk memberikan tahap perkhidmatan dan perawatan yang berkualiti, selamat dan berkesan serta memberi kepuasan kepada pelanggan yang dirawat di hospital ini. Hospital ini juga menerima pelajar-pelajar dari Kolej Pembantu Perubatan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk latihan amali selama 2 minggu di bilik bersalin. Pos basik A&E juga menjalankan latihan disini selama satu minggu.

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dengan menitikberatkan perawatan holistik dari segi fizikal, emosi, sosial, keagamaan  berpandukan nilai-nilai perikemanusiaan dan penyayang.
  • Perkhidmatan kejururawatan yang diberi kepada pesakit disemua hospital berkesan dan berkualiti berpandukan aspek promomotif, pencegahan, pemulihan dan rehabilitasi.
  • Mengadakan piawaian polisi sebagai panduan untuk mengukur prestasi perkhidmatan kejururawatan.
  • Mengawal infeksi hospital ditahap yang dibenarkan.
  • Anggota kejururawatan mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berfungsi dengan berkesan.
  • Amalan kejururawatan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam akta jururawat.

Aktiviti yang dijalankan:

1) Memberi prosedur rawatan kejururawatan ke atas pesakit.
2) Memberi rawatan kepada pesakit untuk mengelak berlakunya maternal mortality.
3) Memberi rawatan susulan.
4) Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan.

Analisa Keperluan / Dasar

Hospital Tapah merupakan hospital tanpa pakar. Diagnosa dan rawatan asas dibuat oleh Pakar Perubatan. Walaupun hospital ini tidak mempunyai pakar, pengawasan dibuat melalui lawatan pakar-pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Teluk Intan dan Slim River.

Strategi

Perkhidmatan rawatan pesakit dalam akan terus diperluaskan dan menyediakan kemudahan peralatan dan anggota yang mencukupi.

Pelanggan

a) Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalam.
b) Mangsa perkosaan dan deraan.
c) Bukan pesakit seperti waris, orang awam dan pihak swasta atau pihak yang berkaitan.
d) Pesakit yang yang datang ke wad bersalin untuk kelahiran.

Jumlah katil adalah 100 buah bagi 5 buah wad.

Semua anggota baru yang melaporkan diri akan melalui 2 peringkat orientasi iaitu di mana peringkat pertama oleh bahagian pentadbiran dan peringkat kedua oleh Ketua Jururawat.Semua anggota digalakkan menghadiri kursus, seminar dan bengkel yang dijalankan di dalam jabatan dan luaran jabatan. CPD direkodkan.

Polisi dan prosedur

Semua polisi dan tatacara adalah mengikut polisi jabatan dan kementerian. Semua anggota diwajbkan memahami polisi di unit masing-masing. 'Clinical Practice Guideline' digunakan sebagai rujukan untuk rawatan pesakit.

Aktiviti peningkatan kualiti

Aktivti kualiti adalah seperti QAP, Piagam Pelanggan, Kepuasan Pelanggan, KMK, NIA, Incident Reporting dan Inovasi. Mengadakan sambutan Hari Kualiti setiap tahun. Mengambil bahagian dalam konvensyen QAP. Penyelaras Kualiti akan mengutip data setiap bulan.

Perkhidmatan yang disediakan

a) Pesakit Dalam

Unit kejururawatan adalah terdiri dari anggota-anggota yang bertugas di Bahagian Pesakit Dalam yang terdiri daripada 5 buah wad, Klinik Pakar dan susulan serta Unit Sucihama.

Wad-wad yang beroperasi ialah:

1) Wad Perempuan
2) Wad Lelaki
3) Wad Kanak-Kanak
4) Wad Penyakit Berjangkit ( akan berfungsi apabila terdapat wabak kes-kes penyakit berjangkit seperti SARS,H1N1,Typhoid dan lain-lain lagi)
5) Wad Bersalin

b) Rawatan Obstetrik dan Ginekologi (Wad Bersalin)

c) Klinik Pakar
Lawatan pakar-pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Slim River dan Teluk Intan dilakukan secara berjadual.

Pakar-pakar yang membuat lawatan ialah :

1) Pakar Perubatan
2) Pakar Pembedahan
3) Pakar Kanak-Kanak
4) Pakar Sakit Puan
5) Pakar Ortopedik
6) Pakar Mata
7) Pakar Hidung, Telinga & Tekak (ENT)

d) Klinik Ibu Mengandung

e) Klinik Untuk Rawatan Pesakit Tibi

Visi

Satu perkhidmatan yang lengkap pada setiap masa.


Misi

Memberi perkhidmatan penjagaan pesakit secara menyeluruh sambil berusaha untuk meningkatkan taraf dan kecekapan demi mencapai kepuasan pelanggan dalam rawatan dan penjagaan pesakit berterusan melalui proses-proses perawatan pemulihan, pencegahan dan pendidikan kesihatan.

Objektif

Untuk menyediakan perkhidmatan penentuan diagnosa, perawatan dan pemulihan yang bersesuaian mengikut keselesaan, keperluan dan kemudahan pelanggan.

Cara Rujukan ke Klinik Pakar

Rujukan dari Pegawai Perubatan dari Poliklinik, Klinik Komuniti, Klinik Kesihatan dan Pengamal Perubatan dari Klinik Swasta.

Polisi dan Prosedur

Semua prosedur dan tatacara adalah mengikut polisi jabatan dan kementerian. Semua anggota diwajbkan memahami polisi di unit masing-masing. Clinical Practice Guideline digunakan sebagai rujukan untuk rawatan pesakit.

Aktiviti Peningkatan Kualiti

Aktiviti peningkatan kualiti seperti QAP, Piagam Pelanggan, Kepuasan Pelanggan, KIK, NIA, Laporan Insiden dan Inovasi. Klinik juga terlibat dalam pertandingan kaunter perkhidmatan pada setiap tahun.

Pengenalan

Unit Kecemasan & Trauma mula beroperasi pada tahun 1918. Unit ini telah 2 kali berpindah tempat dan pada tahun 2002 unit ini telah dikekalkan di bangunan sekarang. Lokasi unit ini adalah terletak di tepi jalan besar dan senang untuk orang awam datang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Objektif

Untuk menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan yang mudah, cekap dan pantas serta berkesan kepada pesakit yang memerlukan, agar rawatan awal boleh membantu dalam pemulihan serta mengurangkan kesakitan dan komplikasi. Memerhatikan kepentingan, kehendak dan kepuasan pelanggan di setiap masa. Menggalak penglibatan anggota dalam aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran. Menambahbaikan dan mengekalkan kualiti perkhidmatan di sepanjang masa.

Perkhidmatan

1) Beroperasi 24 jam.
2) Menerima semua jenis kes
3) Menerima kes rujukan dari klinik dan hospital swasta dan kerajaan.
4) Memberikan perkhidmatan panggilan ambulans.
5) Mengadakan 'Medical Standby' untuk vvip dan vip.
6) Memberikan perkhidmatan bencana alam.
7) Merujuk kes ke hospital berpakar kerajaan.
8) Merawat kes susulan dari klinik komuniti pada hari kelepasan am dan kelepasan minggu.
9) Menerima mayat dan membuat bedah siasat.
10) Melaksanakan prosedur perubatan.
11) 'One Stop Crisis Centre'.

Polisi dan Prosedur

a) Kes kecemasan diberi rawatan serta merta.
b) Kes tidak kecemasan diberi rawatan mengikut giliran.
c) Triage dilakukan oleh pembantu perubatan kauter triage.
d) Semua maklumat panggilan ambulans hanya akan diterima oleh pembantu perubatan.
e) Setiap pemeriksaan pesakit perempuan mesti ditemani oleh seorang anggota perempuan.
f) Semua kes rogol, dera dan cabul kehormatan mesti dirawat di bilik OSCC.
g) Semua ubat dan alatan kecemasan mesti diperiksa pada awal setiap syif oleh pembantu perubatan.
h) Rekod perawatan pesakit mesti dirahsiakan dan disimpan di tempat yang selamat.
i) Semua kes kematian disahkan oleh pegawai perubatan.
j) Bedah siasat atas mayat 'medico-legal' hanya boleh dilakukan dengan adanya Perintah Polis 61.
k) Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan pesakit dari masa pendaftaran sehingga discaj.
l) Ubat DDA sentiasa dikunci dalam peti DDA dan kunci dipegang oleh pembantu perubatan sepanjang masa bertugas.
m) Semua prosedur perlu keizinan pesakit.

Jumlah Pelawat: 630315
Kemaskini Terakhir:Rabu 26 September 2018, 15:25:49.