LATAR BELAKANG

Pada awalnya pengwujudan hospital ini dibina dan berfungsi pada tahun 1888 bertempat dihujung Jalan Raja bertembung dengan Jalan Stesen. Tempat tersebut kini telah didirikan dengan bangunan Dewan Merdeka, Jabatan Kerja Raya dan Tentera Wataniah.

Bangunan lama yang ada ialah rumah (Kuarters) yang di gelar ‘Pintu 10’ Jalan Stesen dan Bangunan Pusat Tentera Wataniah. Lokasi ini sangat sesuai pada masa itu kerana terdapat pejabat-pejabat kerajaan berhampiran.Pada tahun 1917, selepas Perang Dunia Pertama, hospital ini telah berpindah ke lokasi di Jalan Temoh, 1 km. dari tempat asal.

Kemudahan yang disediakan merupakan 9 buah bangunan wad dengan 217 katil, Dewan Bedah, Pejabat, Dapor, Rumah Mayat dan 14 kuli line dibina.Pada tahun 1940, Askar Punjab telah ditempatkan di hospital ini sebagai kem mereka untuk menentang tentera Jepun dan Hospital ini telah dipindahkan ke suatu kawasan di dalam Batang Padang Estate, Jalan Pahang, Tapah. Pada tahun 1905 sebahagian daripada gereja St. Mary telah diambil untuk tapak hospital sekarang.

Apabila selesai peperangan pada 1945, hospital ini dipindahkan kembali ke lokasi sekarang. Pada tahun itu di wujudkan wad khas untuk pesakit Leprosy (pada masa itu digelar Attap Ward) kerana wad tersebut dibuat dan dirangka besi dan atap nipah yang mana semua alat yang digunakan untuk pesakit dibakar setelah pesakit leprosy keluar atau mati.

Semenjak tahun 1962 beberapa bangunan lama telah diubahsuaikan. Beberapa bangunan baru juga dibina.

Jumlah Pelawat: 524928
Kemaskini Terakhir:Khamis 03 November 2016, 22:26:49.