Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Hospital Tapah

Ditulis oleh Pentadbir Web on . Posted in Kategori EKSA@Hospital Tapah

Pada 22hb Ogos 2016 (Isnin), Hospital Tapah telah mengadakan Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Kursus ini telah diadakan di dewan CME, Hospital Tapah. Kursus bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 4.30 petang.

 

Seramai 50 orang staf dan kakitangan yang yang menyertai kursus kali ini. Ianya juga melibatkan ketua-ketua unit dan juga disertai oleh beberapa anggota dan kakitangan Hospital Kampar.

Pelbagai perkara dibincangkan didalam kursus tersebut, antaranya ialah menerangkan tujuan penubuhan program EKSA di sektor awam, memenuhi keperluan semasa, meningkat persaingan antara agensi kerajaan, meningkatkan imej agensi dan berbagai lagi perkara menarik yang dibincangkan.

 

 

Jumlah Pelawat: 649442
Kemaskini Terakhir:Isnin 26 Ogos 2019, 12:10:47.