Program @ Hospital Tapah Sempena Hari Sukan Negara

Pada 08hb Oktober 2016, Program Hari Sukan Negara telah di adakan di seluruh negara. Hospital Tapah juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengadakan aktiviti sempena program tersebut.

Hospital Tapah mengadakan aktiviti berbasikal yang bertemakan “Fun Ride To Hospital Tapah”.

Seramai 30 orang peserta mengambil bahagian. Para peserta terdiri dari kakitangan hospital, kelab berbasikal sekitar batang padang dan beberapa orang perseorangan.

Acara bermula sekitar jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta. Setelah itu sesi senamrobik pula dimulakan sekitar ham 8.30pagi.

Pada jam 9.30pagi para peserta dilepaskan oleh Y.B. Dato’ Shamsuddin Bin Haji Abu Hassan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air kuning.

Pada jam 11.00 pagi, ke semua peserta telah tiba ke Hospital Tapah.

Selain itu tedapat program Derma Darah anjuran Unit Tranfusi Hospital Tapah. Ianya bertempat di Perpustakaan Awam Tapah Road.

Program ini bermula sekitar jam 8.00 pagi dan berkakhir pada jam 1.00 petang.

Program derma darah ini mendapat sambutan yang baik dikalangan penduduk tempatan.

  • 1malaysia
  • bless
  • bpa
  • iim
  • jpa
  • mampu
  • msc
  • mygov
  • myidea
  • talent
  • visitperak
Jumlah Pelawat: 524928

Menu Berita Hospital Tapah

Waktu Lawatan

 

 

Kemaskini Terakhir:Khamis 03 November 2016, 22:26:49.