SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI SERTA ZIKA DI MALAYSIA
(Bagi Minggu 39/2016 dari dari 25 September hingga 1 Oktober 2016)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada minggu ke-39 tahun 2016, iaitu dari 25 September hingga 1 Oktober 2016, sejumlah 1,701 kes Demam Denggi telah dilaporkan di seluruh negara berbanding 1,818 kes pada minggu sebelumnya, iaitu penurunan kes sebanyak 6.4% (117 kes). Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Denggi dari Januari sehingga 1 Oktober 2016, adalah sebanyak 83,224 kes dan jika dibandingkan untuk tempoh yang sama tahun 2015 yang melaporkan sebanyak 91,822 kes, terdapat penurunan kes Denggi sebanyak 9.4% (8,598 kes).

Di samping itu, pada minggu ke-39 juga sebanyak empat (4) kematian Denggi telah dilaporkan iaitu dua (2) di Negeri Sembilan dan satu (1) masing-masing di Selangor dan Johor. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 1 Oktober 2016 adalah 186 kematian berbanding 253 kematian yang dilaporkan pada tahun 2015, iaitu penurunan 26.5% (67 kematian).

Untuk penyakit Zika pula, pemantauan KKM mendapati sebanyak tujuh (7) kes yang disahkan positif Zika dilaporkan di seluruh negara dari 1 September hingga 1 Oktober 2016. Di samping itu, Makmal KesihatanAwam Kebangsaan (MKAK), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR),hospital dan makmal swasta juga telah menjalankan survelan berterusandari bulan Jun 2015 sehingga 1 Oktober 2016 untuk mengesan jangkitanZika, sebanyak 1,130 sampel darah dan air kencing telah diuji terhadap individu yang mempunyai gejala atau berisiko untuk jangkitan Zika,namun keputusannya semua adalah negatif. Pencegahan melalui menghapuskan tempat pembiakan Aedes oleh masyarakat hendaklah dilakukan setiap minggu dan berterusan.

Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 Oktober 2016

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi KKM

  • 1malaysia
  • bless
  • bpa
  • iim
  • jpa
  • mampu
  • msc
  • mygov
  • myidea
  • talent
  • visitperak
Jumlah Pelawat: 510824

Menu Berita Hospital Tapah

Waktu Lawatan

 

 

Kemaskini Terakhir:Khamis 03 November 2016, 22:26:49.