Lawatan Kerja Rasmi AJK EKSA Hospital Tapah ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)

Pada 05hb Oktober 2015, Ahli Jawatankuasa Kerja Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Hospital Tapah telah mengadakan Lawatan Kerja ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah(HoSHAS).

Seramai hampir 30 orang yang terdiri dari pelbagai gred jawatan kakitangan Hospital Tapah telah menyertai lawatan tersebut.

Lawatan rasmi ini telah diketuai oleh Pn Ruzaini Binti Ab.Rahman. Beliau merupakan Ketua Unit Rekod Perubatan, Hospital Tapah merangkap Penyelaras EKSA Hospital Tapah.

Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana program EKSA ini dapat dijalankan di Hospital Tapah. Selain itu peserta lawatan juga didedahkan bagaimana membentuk budaya persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan praktikal. Peserta juga diberitahu melalui program EKSA ini, kos operasi dapat dijimatkan apabila pembaziran masa dan ruang dapat dikurangkan.

Penyelaras EKSA HoSHAS juga memaklumkan antara penyumbang terbesar kejayaan mereka dalam melaksanakan program ini adalah sokongan dan komitmen yang tinggi telah diberikan oleh pihak pengurusan hospital.

Pembentukan struktur pengurusan EKSA yang cekap dan berkesan juga memainkan peranan penting bagi memastikan EKSA dapat dijalankan di HoSHAS.

Ahli jawatankuasa latihan juga memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan pendidikan dan latihan dapat diberikan kepada warga hospital.

Selain itu, komunikasi yang berkesan dikalangan warga hospital dan juga pelan perancangan yang sistematik lagi tersusun memudahkan program ini dapat dijayakan.

Lawatan rasmi berkenaan berakhir sekitar jam 1.00 petang.

Pihak pengurusan dan kakitangan Hospital Tapah mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK EKSA Hospital Haji Ahmad Shah kerana sudi berkongsi ilmu dan kejayaan mengenai program EKSA ini.  

  • 1malaysia
  • bless
  • bpa
  • iim
  • jpa
  • mampu
  • msc
  • mygov
  • myidea
  • talent
  • visitperak
Jumlah Pelawat: 524928

Menu Berita Hospital Tapah

Waktu Lawatan

 

 

Kemaskini Terakhir:Khamis 03 November 2016, 22:26:49.