Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Pada 04hb sehingga 05hb Oktober 2016, JKN Perak telah mengadakan hari Konvensyen Inovasi Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Konvensyen pada kali ini telah diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah Perak.

Tema pada konvensyen pada kali ini ialah “Kecemerlangan Inovasi, Merentasi Globalisasi”.

Konvensyen telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBhg. Dato’ Dr. Hjh. Juita Binti Ghazali. Beliau merupakan Pengarah Kesihatan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Perak 2016.Konvensyen ini turut disertai oleh seluruh Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian yang terdapat di Perak.

Hospital Tapah juga tidak ketinggalan untuk turut serta didalam konvensyen tersebut. Terdapat beberapa kategari yang dipertandingkan pada konvensyen kali ini antaranya, Kategori Pejabat Terbaik, Kategori Inovasi, Kategori KIK, Kategori Laman Web Terbaik dan pelbagai lagi kategori yang dipertandingkan.

Kumpulan Koir Hospital Tapah membuka kegemilangan konvensyen kali ini apabila dijemput untuk mempersembahkan nyanyian lagu Negaraku, Kami Sedia Membantu dan lagu Malaysia Inovatif. Kumpulan koir ini dipimpin oleh En Hamali Bin Hamzah.

Selain itu Hospital Tapah juga menghantar wakil bagi Kategori Teknikal QA yang diketuai oleh En Mohd Arif Zaki Bin Adnan. Beliau telah membentangkan projek mereka yang bertajuk “Mengurangkan Peratus Kemasukan Semula Pesakit Acute Exacerbation Of Chronic Obstructive Airway Disease Ke Dalam Wad Hospital Tapah.

Hospital Tapah juga tidak ketinggalan dalam menyertai Kategori Healthy Setting bagi peringkat hospital.

Hospital Tapah juga menghantar penyertaan dalam Kategori Laman Web Terbaik. Pada konvensyen kali ini, Unit ICT Hospital Tapah telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kategori tersebut.

Seluruh warga Hospital Tapah mengucapkan tahniah kepada anggota Hospital Tapah yang turut serta pada konvensyen kali ini dan dapat diteruskan pada tahun hadapan.

  • 1malaysia
  • bless
  • bpa
  • iim
  • jpa
  • mampu
  • msc
  • mygov
  • myidea
  • talent
  • visitperak
Jumlah Pelawat: 538447

Menu Berita Hospital Tapah

Waktu Lawatan

 

 

Kemaskini Terakhir:Rabu 06 Disember 2017, 12:01:22.