Pada 23hb September 2016 (Jumaat), Hospital Tapah telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2),Shah Alam Selangor.

 Lawatan sambil belajar ini melibatkan 35 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 serta diiringi 4 orang guru pembimbing.

Para pelajar merupakan dari Kelab Gerontologi di sekolah

Taklimat dimulakan sekitar jam 3.30 petang oleh Dr Taranjeet Singh selaku wakil Pengarah Hospital Tapah.

Program Basic Life Support (BLS) telah dilaksanakan bersama para pelajar bagi mendedahkan mereka cara-cara yang betul dalam asas pertolongan cemas.

Selain iu juga rombongan para pelajar dibawa melawat ke Wad Lelaki dan Wad Perempuan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada mereka mengenai penjagaan serta pengurusan pesakit di dalam wad.

Lawatan berakhir sekitar jam 5.00 petang. Warga Hospital Tapah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan dari SMK Seksyen 24(2 ). Semoga ianya memberi pengalaman yang manis dan berguna kepada para pelajar.

  • 1malaysia
  • bless
  • bpa
  • iim
  • jpa
  • mampu
  • msc
  • mygov
  • myidea
  • talent
  • visitperak
Jumlah Pelawat: 538447

Menu Berita Hospital Tapah

Waktu Lawatan

 

 

Kemaskini Terakhir:Rabu 06 Disember 2017, 12:01:22.